Tuesday, 11 September 2012

DUNIA ADALAH PENTAS UJIAN





Pesan guruku…

Untuk lulus ujian-ujian dunia, perlu berlakon sepertimana skrip yang ALLAH S.W.T sediakan
Ke mana pun kamu pergi..ALLAH akan sediakan ujian utk para hambanya yang beriman
Kamu tidak bisa terlepas..

Kenapa kamu diuji, sedangkan kamu adalah hambaNya yang beriman?
Agar tiada ‘dunia’ di hatimu
Agar kamu tidak bergantung dan berharap pada nikmat-nikmat dunia yang sementara
Agar kamu ikhlas
Agar disiplin hidup dan masamu malah diperbaiki kehidupanmu
Agar yang tinggal hanya ALLAH di hati..

Jangan terpengaruh dengan watak orang lain dalam lakonan
Jika tidak kamu pelakon yang gagal
Ikut sepertimana yang di arahkan dalam skrip (al-Quran dan al-Sunnah)
Bukan orang itu yang memberimu lulus
Tetapi Allah yang Maha Mengetahui penilainya
melihat lakonanmu cemerlang atau kecundang

Tidak perlu sedih, tidak perlu gusar
Bukan manusia yang menilaimu, walaupun menilai, tiada harga dan tidak terpakai
Penilaimu hanya ALLAH
Menentukan engkau berjaya atau gagal
Di pentas ujian dunia…

Tiada daya, tiada kekuatan, kecuali semuanya hanya milik ALLAH yang Maha Besar
Cukuplah ALLAH bagi kami, (kerana DIA) Sebaik-baik Penjaga dan  Sebaik baik Penolong,
Aamin.  


Tuesday, 20 March 2012

Dilanda Kepedihan Ujian...

Beberapa minggu ini, hati terasa pedih seperti ditekan dengan batu panas di dada. Mencari ruang nafas, memohon doa pada Ilahi agar dibukakan jalan dan dilapangkan hati. Memang benar, manusia itu pasti akan ada ujiannya…bagi diriku ini adalah ujian ke-2 yang hebat selepas ujian pertama yag sudah hilang bisanya. Maksud bisa di sini adalah sehingga kita sanggup merintih dan merayu kepada ALLAH tanpa tolok bandingnya lagi. Pada saat ini juga hati tidak tegar melakukan perkara-perkara lain kecuali untuk meluahkan apa yang membungkam di dada.
Aku bukan seorang penulis puitis apa lagi penulis hebat yang memukau gaya bahasanya, tetapi apabila saat ujian begini menyebabkan jari jemari hanya menurut apa sahaja yang hati ingin berbicara. Ya ALLAH pertamanya aku hambaMu yang maha lemah dan maha hina memohon kemapunan dan kemaafan atas segala kekuranganku dan atas segala detik hati, ucap bicara dan kilas perbuatanku yang mungkin saja boleh tersalah pada bila-bila masa dan boleh tersasar daripada jalan keredhaanMu yang aku tagihi. Ya ALLAH aku sekadar mencurah rasa hati yang membungkam dalam hatiku yang pedihnya menekan-nekan jiwa.
Sekarang beberapa hari ni yang seiring berganjak usia umurku, aku semakin faham apa ertinya diuji oleh Tuhan. Mungkin ALLAH telah menyediakan siri-siri ujian buatku untuk menilai bagaimana aku boleh melantun kembali kepadaNYA. Hakikatnya kerana aku masih belum hampir kepadaNya. Ya aku berpendidikan agama sejak sekolah menengah rendah, ditarbiyah dengan biah dan suasana yang baik dan solehah, terus bergraduan atas lulusan mahasiswa pendidikan Islam, seterusnya berkerjaya sebagai seorang ustazah, rupanya belum cukup untuk membuktikan keimananku kepadaMu ya ALLAH.
Walaupun aku rasa aku tidak pernah melakukan sesuatu yang tidak disenangi manusia dan aku merasakan aku menjaga solat wajibku…tapi hakikatnya belum cukup bagi aku membuktikan keimananku kepadaMu Ya Rabb
Ya Rabb, aku seperti saudara-saudara seimanku yang lain diuji dengan pelbagai ujian, agar kami sangat bergantung harapan, kuat hubungan, pasrah dan redha dengan segala ketentuanMu. Ya Rabb, membicarakan untuk redha atas ujianMu rupanya tidak semudah kata-kata, aku dulu akan diuji olehMu setelah berjam-jam saban waktu aku sering berkhutbah menasihati sahabat-sahat yang dilanda ujian kepedihan untuk kembali kepadaMu.
KekasihMu seringkali berpesan kepada kami, umatnya yang Beliau cintai, iaitu, apabila kamu ditimpa ujian, maka lihat ada orang yang lebih teruk dan berat ujiannya daripada kamu..
Ya ALLAH aku bukan diuji perang, bukan berdepan dengan musuh la’natullah secara berhadapan, bukan juga kelaparan, atau dimusnahkan kehormatan, jiwa dan harta-bendaku, aku cuma diuji dengan sedikit pengorbanan perasaan dan sedikit tuntutan perbuatan yang perlu aku korbankan hanya untuk berdepan dengan seorang manusia yang  lemah kekuatan fizikalnya, spiritualnya, dan kapitalnya. Dia juga mungkin jauh daripadaMu, lantaran menjadi objek ujianMu ke atasku.
Ya ALLAH setiap kali KAU mengujiku,  aku akan seperti dibentangkan pilihan samaada untuk aku menerima ujian itu ataupun boleh sahaja untuk aku lari daripadanya. Ya ALLAH engkau tidak pernah memaksaku untuk menerima ujian ini, aku akur dan aku tahu. Namun Ya ALLAH setiap pilihan itu aku selalunya bertanya dan beristikharah kepadaMu, dan Engkaulah yang Maha mendorongku untuk melakukan kebaikan-kebaikan yang aku rasakan adalah sepertimana sarananMu dalam ayat-ayatMu.
Ya ALLAH, ujian ini tidak semudah yang nafsuku sangkakan. Ianya amat berlainan dan di luar jangkaan. Ya ALLAH, sepertimana yang Engkau telah mendorongku, aku tahu bahawasanya Engkau akan memberiku kemampuan dan kekuatan untuk menghadapinya. Mungkin kekuatan itu tidak ada padaku sekarang, tapi aku perlu menagih daripadaMU..
Sekarang baru aku faham ya ALLAH apa yang Engkau maksudkan dengan Engkau tidak akan menguji seorang hamba itu, kecuali apa yang mampu ditanggungnya. Kemampuan itu bukan tersimpan dalam diri hamba yang Engkau ingin uji itu ya ALLAh sejak azali lagi, kerana memang hakikatnya manusia tiada kekuatan. Jika tidak Ya ALLAH, mestilah orang yang memilih untuk tidak diuji, mempunyai kemampuan keimanan sama seperti orang yang diuji, sedangkan mereka tidaklah sama. Dan bertepatan dengan ayatMu:
)وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ) (العنكبوت : 69 (
Iaitu: Dan orang-orang yang berjihad di jalan kami, maka kelak kami akan hidayahkah mereka jalan kami, Sesungguhnya ALLAH beserta dengan orang-orang yang membuat kebaikan. (Qura'an, Surah al-Ankabut: Ayat 69)
Ya Rabb, hidayahMu itu amat mahal, tiada tolok bandingnya….tidak dapat dibeli dengan  pencapaian akademik Islam yang tinggi, bukan juga daripada seoreang bapa yang wara’ dan ibu mithali yang menyejukkan mata. Ianya adalah pemberian ekslusif daripadaMu buat hamba-hambaMu yang Engkau cintai.
Baru sekarang aku faham dan mengerti ya ALLAH, untuk meningkatkan iman itu perlu kepada ujian. Sama sepertimana seorang yang ingin memiliki status yang lebih tinggi, maka lebih bnayak siri-siri  pelbagai peringkat ujian yang akan dilalui. Sama seperti ujian akademikku Ya ALLAH, saban tahun aku diuji dengan ilmu-ilmu yang aku pelajari sejak aku kecil, maka begitu pulalah iman aku akan diuji dengan tahap-tahap yang Engkau sendiri lebih memakluminya ya ALLAH sehinggalah imanku akan ditempatkan bersama golongan siddiqin, muhsinin, mukhlisisn, sobirin dan Auliya’ Anbiya’ MU yang paling tertinggi. Rupanya ya ALLAH, aku sedang diuji untuk aku menigkatkan imanku sendiri. Ya ALLAH aku tahu aku tidak perlu gusar. Hatiku tidak perlu tercari-cari siapa lagi yang aku ingin luahkan masalah ini, cuma aku luahkan hanya sekadar usaha aku agar kembali benar dijalanMu, mencari sedikit kekuatan yang hakikatnya kekuatan itu milikMu semata-mata.
Ya ALLAH, ujian pertamaku adalah ahli keluargaku sendiri, apa sangatlah yang aku lakukan sehingga aku benar-benar terbukti memohon merintih kepadaMu, aku tidak melakukannya Ya ALLAH kecuali sangat sedikit dengan rasa yang cangkat dan cetek. Hatiku tidak benar-benar merintih dan mengharap padaMu, bagaimana mungkin imanku akan meningkat. Ianya kembali pudar, biasa, sehinggakan tidak ada lagi apa-apa rasa yang boleh meningkatkan imanku kepadaMu ya Rabb!
Ya Rabb ujian kedua ini lebih hebat kerana aku berdepan sendiri saban waktu dengan apa yang sedang aku diuji. Dengan status bahawa dia sedanga sakit dalam sedar, menguji juga imanku untuk kejahatan dibalas kejahatan atau tetap dengan kabaikan, salam dan sabar.
Ya Rabb, jika aku membalas kejahatan, tidaklah aku bersalah kerana jahat boleh dibalas dengan jahat. Tapi itu bukan iman para sabirin, awwalin dan auliya’, mahupun itu bukan akhlak nabi-nabimu yang Engkau katakan mereka itulah sebaik-baik contoh ikutan kami.  Kejahatan dibalas dengan kejahatan selalunya bukan jalan pembuka hidayah, walaupun mungkin ada, selalunya ianya akan berakhir dengan permusuhan, pergaduhan dan pembunuhan yang merugikan kedua-dua pihak. Lagipun ya ALLAH, kes ujianku bukanlah kehendak dirinya 100% untuk berbuat kejahatan tersebut, mungkin hanya 90% adalah dirinya, selebihnya adalah emosi yang tidak dapat dikawalnya lagi. Ya ALLAH, samaada aku berdepan dengan dirinya seratus peratus atau separuh, atau kurang sedikit daripada itu atau bagaimanapun jumlah peratusannya, hakikatnya aku berdepan dengan diri seorang manusia yang mempunyai pelbagai unsur yang mempengaruhi dirinya termasuk nafsu, syaitan, dan jiwanya sendiri.
Ya ALLAH, orang yang aku berdepan ini, walaupun secara saintifiknya boleh dikatakan ‘sakit’, boleh jadi sama sahaja orangnya pada zaman kekasihMu, Rasulullah S.A.W, KekasihMU. Baginda Rasulullah S.A.W telah berdepan dengan pelbagai peringkat dan ragam manusia yang sakit jiwanya, akal fikirannya, nafsunya, imannya, aqidahnya dan pelbagai kerosakan lagi. Sehinggakan sanggup seorang itu merencana kejahatan-kejahatan yang akan dilakukannya saban hari, bagi menentang Baginda secara peribadi atau Islam yang dibawa Baginda. Rasulullah S.A.W  juga berdepan dengan mereka yang berpura-pura baik terhadap baginda sedangkan dengan petunjuk wahyuMu, Baginda terlebih tahu hakikat kejahatan mereka, tetapi tidak dapat membunuh mereka sepertimana yang boleh Baginda lakukan terhadap musuh-musuh Islam yang secara terangan menentang Banginda, kerana mereka berpuasa sembahyang walau diakhir waktu, walau hakikatnya mereka lebih bahaya dan berbisa.
Waaubagaimanapun ujian yang aku lalui dan siapapun manusia itu yang diwakili oleh dirinya sendiri, nafsu atau syaitan, semua itu pernah kau lalui Ya RasuluLLAH … sangat hebat ujian mu, melebihi manusia dan makhluk yang Tuhanmu ciptakan.
Ya ALLAH izinkan agar aku mendapat syafaat NabiMu Muhammad S.A.W. agar tidak sesak dadaku, sejuk hatiku dan lancar fikiranku, Ya ALLAH hanya Engkau yang Mengetahui apa yang aku lalui dan hanya Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong, justeru, tolonglah aku yang maha lemah ini ya ALLAH.. amin.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Quran: Surah al-Baqarah (2): 155-156)


Wednesday, 14 December 2011

Ampunkan Aku ya ALLAH

Aku seringkali khilaf, tewas dan berdosa...

Ya ALLAH ampunkan aku pada setiap masa..
Ampunkan dosa perbuatanku, MATAku, HATIku...

Ya ALLAH berkati aku, rahmati aku, jangan tinggalkan aku walau seketika..

Ya ALLAH jika Engkau tidak ampunkan aku, kepada siapa lagi aku ingin mengadu..

Ya ALLAH rahmatMu begitu luas, kasih sayangMu kepadaku tidak bertepi..tapi aku berdosa lagi
yang aku sengajakan, tidak sengajakan, yang mampu dan tidak mampu aku kawal..

Ya ALLAH jangan Engkau tinggalkan aku walau sekelip mata, walau dosaku sangat menghinakan..

Ya ALLAH aku akan kembali kepadaMu..terimalah aku sebagai hambaMu..yang Engkau terima..

Ya ALLAH bantulah aku, agar aku bertemuMu dan Engkau redha kepada ku..

Ya ALLAH dosaku menggunung, selaut dan selangit..

Ampunkan aku Ya ALLAH, ampunkan aku..ampunkan aku...

Ya Rasulullah jika engkau mampu menyentuh dadaku, walaupun bukan secara hakikat, doakanlah aku ya Rasulullah

sepertimana engkau doakan sahabat-sahabatmu...agar menjadi hamba ALLAH yang taat dan bersih jiwanya..

Ya Rasulullah..hatiku gelap, kotor dan hina disalaput dosa...Ya Rasulullah, syafaatkan aku ya Rasulullah

maafkan aku utk kesekian kalinya sekiranya kurangnya aku mengikut sunnahmu...atau kurangnya aku berselawat mengingatimu..

Ya Rasulullah, pandanglah aku dan akuilah aku sebagai salah seorang umatmu..

Ya Rasulullah..doakan aku ini ya Rasulullah..(اللهم طهر قلبها وأحسن فرجها واغفرلها)

Allahumma tahhir qalbi...wa 'ahsin farji...waghfirli..

amin. amin. amin ya Rabbal 'Alamin.

Monday, 10 October 2011

نشيد : مولد أحمد (صلى الله عليه وسلم) ا




مولد أحمد


مولد أحمد طه الهادي     فيض من نور الرحــــمن
أثنى الرحمن عليه في     محكــــــم آيات القـرآن
بربيع الأول شــــرفنا      بجمـــــــــال منه فـــــتان
   كل نبي بشرا         بأحمد  وأنذرا
   أن آمنوا بآيه          وصدقوا بهديه
 
    واستبقوا درب الأمــــــان
الكون غنى منشـــــدا     يا فوز من قد اهتـدى
    بشرعه وأيدا     فنال عيشاً أرغدا
      والخلد في أعلى الجنان
تحميل