Monday 20 June 2011

Pengalaman Menulis Tesis Itu...

Bismillah wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah, 

Menulis tesis itu bagaimana? apa rasanya?



Bagiku menulis tesis yang aku tempuhi spt mana berikut:

1) Pertama, jika hatiku bersih dan amal perbuatan terhindar dari dosa, maka mudahlah aku menulis tesis..benarlah kata2 Waqi' (guru kepada Imam al-Syafie) sesungguhnya ilmu Allah itu Nur..dan Nur itu tidak diilhamkan kepada orang yang ada maksiat padanya..

2) Menulis tesis itu adalah dengan bantuan dan ilham dari Allah, tidak kira apa jua bidang yang kau ambil, tekuni atau khususi, daripada agama hingga ke mekanikal engineering, kita menagih bantuan Allah setiap masa..bukan sebab pandaimu, rajinmu, cerdik atau cerdasmu yang kau mampu menulis tesis, tapi disebabkan bantuan Allah ke atasmu...supaya menjadi nikmat kepadamu...dan dengan nikmat itu pula nanti
kau akan ditanya...

3) Jila Allah tidak mengizinkanmu, maka satu perkataan pun kau tak mampu coretkan, kecuali yang sia-sia belaka..Ya Allah bantulah kami..

4) Kadang-kadang rasa buntu, maka perlu kau bersabar dan minta bantuan kepada Allah dengan sabar dan solat.

5) Kadang-kadang kau rasa progress mu sangat lambat, malah kura-kura itu lebih berjaya mengatasimu dan memotongmu...

6) Kadang-kadang kau rasa penat, lelah, payah dan susah seperti kau meranduk lumpur yang dalam, liat dan padat, hanya kepalamu yang mampu mendongak ke langit untuk bernafas..destinasimu masih jauh..

7) Kadang-kadang kau rasa seperti orang yang sangat bodoh..dibodohkan oleh tesismu sendiri...kerana semua jerih, lelah, usaha, tenaga dan masa dikerah dan diperah untuk tesismu..
justeru sahabat....pentingnya niatmu sentiasa thabat pada Allah, iaitu tujuan kau menulis tesismu...dan bukan kerana yang lain..kerana nanti kau tetap akan menjadi hamba Allah, dan bukan hamba kepada tesismu..

8) Tiba2 kau tak mampu lagi meneruskan kerja tesis engkau, lantaran otakmu yang sudah buntu, kepalamu sudah pusing dan badanmu sudah jemu dan kaku, maka tahulah engkau, itu tanda hak badanmu..maka perlulah engkau berhenti, mencari tempat rekreasi, bertukar aktiviti, tempat dan udara, perlu bercanda dengan kawan dan jiran, moga Allah mengilhamkanmu kekuatan diri....untuk meneruskan perjuanganmu..

9) Kadang-kadang kau rasa banyaknya perkara2 yang memenatkan harus kau lakukan untuk menyempurnakan tesismu (transliterasi, editing), tapi ingatlah ianya sebahagian daripada tesismu..

10) Tesismu yang sentiasa membuatkan otakmu mencari jalan, lantas menaikkan suhu badanmu, dahimu mula berpeluh.., nadimu bergerak laju, dan perutmu mula berkeroncong minta diisi, tahula engkau, engkau sedang membakar kalorimu walau engkau hanya duduk di kerusi dan menghadap laptopmu..jadi sediakan apa sahaja makanan yang sihat yang mudah dicapai olehmu..

Wahai tesis, bergunalah engkau pada masayarakat, jika tidak sia-sialah umurku saban tahun menghadapmu..Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini, sebagai bantuan kami ke dalam rahmat dan syurga Mu amin..






No comments:

Post a Comment