Menjaga nafsu itu umpama menambat kuda yang liar..
Berperang dengan nafsu dan syaitan membuat jiwa kacau dan kalah..
kerana lemahnya jiwa itu tanpa rahmat Tuhan-nya...
tanpa berkat kasih sayang Nabi-nya
Wahai Nabi beri ku syafaat-mu
Wahai Nabi aku tak mampu menghadapi berseorangan
Bantu diri ini dengan kasih sayang-mu, dengan syafaat-mu..
Wahai Nabi engkau kekasih ALLAH
Wahai Nabi Engkau Insan Terpilih
Wahai Nabi aku umatmu yang mengharap syafaat-mu
Syafaatkan daku wahai Nabi dengan kasih sayang-mu
Ya ALLAH kepadaMu aku berharap, bertawakkal, berserah
Engkau WALI ku di dunia dan akhirat
Engkau Ya ALLAH yang selalu memberi nikmat kepada ku
Jangan KAU tinggalkan diriku kepd diriku sendiri walau sekelip mata
Nescaya aku akan kalah dan lemah
Kerana aku tidak punya kekuatan
Melainkan dariMu Ya ALLAH..
Selawat aku kepadamu Ya Rasul ALLAH,
Mengalirkan rahmat ALLAH ke atasku kerana keberkatan-mu Ya Rasul ALLAH..
(اللهم صلى على محمد)
No comments:
Post a Comment