Bab 2 :Amaran jangan menuruti hawa nafsu yang pandai menipu
Sesungguhnya nafsu Ammarah yang bertapak di lubuk hatiku masih belum mahu menerima nasihat,
kerana jahilnya dari peranan peringatan dibawah oleh uban dan hari tua
Kelihatannya, diriku masih belum berbuat apa-apa persiapan (amal soleh) untuk meraikan tetamu (uban) yang telah lama bertapak di kepalaku dan nampaknya tetamu itu sudah tidak mahu beredar dari situ.
Seandainya aku tahu bahawa aku belum dapat menghormati tetamu tadi (uban),
sudah tentu uban itu akan kututupi dengan warna inai
Siapakah kiranya yang dapat menolongku untuk mengawal keganasan nafsu, sepertimana kuda yang garang itu dapat dikawal dengan tali d hidungnya?
Maka, janganlah engkau sesekali mengharapkan nafsu itu dapat dikalahkan dengan memperturutkan kehandaknya, bagaikan makanan tidak akan dapat memuaskan nafsu makan, bahkan ia akan ketagihan bila diberi makan.
Nafsu itu tak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusui.Kalau dibiarkan ia akn terus menyusu sampai ke tua, tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti.
Maka berpalinglah dari hawa nafsumu dan jangan diberikan kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau, kerana jika ia berkuasa, sudah pasti ia akan membuta dan menulikanmu.
Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegar dalam ruang ketaatan,
kerana bila ia sudah menguasai suasana ia akan memesongkan tujuan ketaatan.
Maka janganlah engkau lengah dari mengawasinya.
Berapa banyak ia telah menipu orang.
Ia menyajikan makanan yang kelihatan segar, padahal di dalamnya ada racun yang membunuh.Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makanan yang sedap-sedap.
Oleh itu curigalah kamu dari tipu helahnya, sama ada melalui laparatau kenyang, kerana barangkali lapar itu lebih jahat dari kenyang.
Biarlah air mata mu itu kering dari menangisi dosa, kerana sudah sekian lama ia kenyang dengan maksiat..Dan tetapkanlah engkau menjaga penyesalannya (taubat)
Lawanlah nafsu dan syaitan dan jangan engkau turuti keduanya.
Seandainya keduanya menasihatimu, janganlah engkau hiraukan.
Janganlah engkau mengikuti keduanya, sama ada sebagai musuh atau sebagai hakim kerana engkau tahu helah musuh dan permainan hakim.
Aku meminta ampun kepada Allah dari dosa perkataan yang tidak diiringi dengan amalan kerana hal itu sama dengan mencari keturunan dengan cara berkahwin dengan orang yang mandul.
Dosaku terlalu berat, kerana aku menyuruh engkau melakukan kebaikan tetapi aku tidak melaksanakannya..Dan aku menyuruh engkau supaya istiqamah (tetap pendirian) tetapi aku sendiri belum tetap pendirian.
Aduhai malangnya nasibku, bila bekalan belum dibuat untuk menghadapi kematian dan sebenarnya aku tidak sembahyang tak berpuasa kecuali yang wajib sahaja.
No comments:
Post a Comment